Friday, December 31, 2010

Selamat Datang ke Blog Panitia Sains SMK Seksyen 5 Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Selamat Tahun Baru 2011 ^_^

Buat julung kalinya Blog Sains SMK Seksyen 5 Wangsa Maju (SMKS5) diwujudkan untuk tatapan semua  warga sekolah SMKS5, Alumni SMKS5 atau 'follower' blog yang sedar tentang kewujudan blog ini.

Blog ini merupakan alternatif maya yang memberikan peluang kepada semua guru Sains SMKS5 dan pelajar khususnya untuk berkongsi maklumat yang terkini, membincangkan topik-topik berkaitan ilmu Sains, aktiviti yang dijalankan setiap minggu,  dan memaklumkan kepada pelajar dan seluruh warga sekolah tentang perkembangan serta prestasi pelajar sains di sekolah ini. 

Disamping itu juga, blog ini merupakan tempat yang terbaik untuk guru dan pelajar menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang Sains seperti menulis artikel berkenaan Sains, membuat ulasan buku atau pandangan mengenai buku-buku Sains yang berada di pasaran, mencipta eksperimen yang hebat dan luar biasa serta berkongsi foto atau gambar-gambar yang boleh dijadikan bahan-bahan rujukan.


Peluang juga diberikan kepada guru dan pelajar untuk menyatakan sebarang pendapat atau aduan yang berkenaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains di dalam kelas, makmal dan di dalam kelas. 


Jadi, sama-samalah kita membangunkan Blog Sains SMKS5 ini supaya menjadi satu medan terbaik untuk tatapan warga SMKS5 Wangsa Maju, 'follower' di Malaysia dan seluruh dunia.